Thursday 18 August 2011

Sikit Tapi Bermakna..

Alhamdulillah,

Syukur kepada Allah SWT ..dapat menjalani ibadah puasa dengan baik kiranya sehingga ke saat ini.
Aktiviti pengRabitan pula agak berkurangan kerana lebih tertumpu kepada aktiviti dibulan puasa..termaksuklah aktiviti meronda pasar-pasar ramadhan..hehehe..

Dalam berbelanja, teringat pulak anak-anak yatim apatah lagi ada sebuah rumah anak yatim ini berdekatan dengan rumah l2a..rumah anak yatim kasih bestari.

L2a ada juga bertanya beberapa rumah anak yatim dan mengikut kata pengurus rumah anak2 yatim kesempitan menyediakan keperluan terutamanya barangan harian amat2 diperlukan, iaitu beras, barangan bahan mentah, bil air, bil elektrik, tilam, dan macam2 lagi...

Sekiranya ada sedikit, sama2lah kita menyumbang walaupun sedikit... yelah.. ramai yang dapat bonus tu kan..kan..kan... hulur2 lah skit... Sikit tapi amat bermakna... tak kiralah mana2 rumah anak yatim pun... daripada kita berbelanja berlebih-lebih untuk bergaya... kongsilah sikit untuk anak2 yatim ini.



Selamat menjalani ibadah puasa dan selamat menyambut aidilfitri....

Mohon maaf diatas segala kesilapan tutur kata dan perbuatan...;)